• Imagen 1 BERAMAL KERANA ALLAH
    Beramal kerana Allah,Pemuda melangkah gagah,Menjana kuasa rakyat,Bersiap menghadapi cabaran,Semarakkan semangat perjuangan,Usahlah kita terus terleka,Menegak kemaarufan menentang kemungkaran,Allah pasti bersama...

Mahfuz gesa Najib minta maaf label rakyat ‘ketagih subsidi’

Datuk Mahfuz Omar KUALA LUMPUR, 22 Mei — PAS mendakwa pentadbiran Najib mengalih beban akibat defisit fiskal ke atas bahu rakyat dengan memotong subsidi ke atas barang-barang keperluan asas. Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, Putrajaya tidak mampu mencari jalan untuk memotong perbelanjaannya tetapi rakyat pulai terpaksa “membayar subsidi kepada kerajaan untuk membayar hutangnya.” “Ini sebuah kerajaan yang lemah, yang tidak boleh mengurangkan defisitnya tanpa membebankan rakyat,”...

Terkini: Kes Tanah Runtuh, Dua Belas Terbunuh

KAJANG, 22 Mei - Sebanyak 12 mayat berjaya dikeluarkan dari tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia, Hulu Langat yang berlaku pada pukul 2.30 petang, Sabtu. Polis memaklumkan sehingga pukul 10.30 malam, sembilan lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa berusia 22 tahun. Sebanyak empat mangsa lagi masih tertimbus dalam runtuhan itu setakat ini.  Terdahulu, sehingga pukul 7 malam, anggota bomba dan penduduk berjaya menyelamatkan tujuh mangsa...

Tanah runtuh: Presiden PAS rakam takziah

KUALA LUMPUR, 21 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Al-Takwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat.“Bersabarlah dengan ujian Allah. Semoga roh mereka yang tekorban dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh,” tulis beliau di laman twitter malam ini.Kejadian itu juga turut mendapat perhatian Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Selain...

Nasrudin kekal Ketua Pemuda PAS, tiga dicalon tarik diri

KUALA LUMPUR, 20 Mei — Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan at-Tantawi mengekalkan jawatannya selepas tiga orang yang dicalonkan membuat keputusan tidak mencabar beliau kali ini. Nasrudin telah memegang jawatan itu sejak 2009 dengan menggantikan Salahuddin Ayub.Kelmarin beliau mengesahkan akan mempertahankan jawatan itu.“Ya, saya bersedia untuk mempertahankan jawatan ketua Pemuda PAS, insya-Allah saya akan melaksanakan tugas dan tanggungawab ini dengan baik.“Atas semangat berlumba-lumba untuk...

‘Saya gembira Presiden PAS lawat kampus Insaniah’

KUALA KETIL, 18 Mei:  “Saya merasa seronok apabila Presiden PAS, YAB. Dato’ Seri Abdul Hadi Awang datang ke Negeri Kedah untuk melihat tapak projek pembinaan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil.”Itulah kata-kata Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan taklimat kepada rombongan Jawatankuasa Harian PAS Pusat ke Negeri Kedah yang diketuai oleh YAB. Dato’ Seri Abdul Hadi Awang di tapak projek pembinaan kampus...

SMS palsu cuba burukkan Kerajaan Negeri

Satu khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu sedang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah telah mengeluarkan kenyataan bahawa semua bil air SADA boleh diserahkan kepada MKK untuk diselesaikan melalui peruntukan kerajaan Negeri. YB Dato’ Amiruddin, Exco Kerajaan Negeri Kedah yang dihubungi menafikan kenyataan tersebut dan menganggap penyebaran tersebut amat tidak bermaruah. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan,...

Bandar Sejahtera yang diimpikan

ALOR SETAR – Bandar yang sejahtera merupakan bandar yang mampu memberi keamanan, keselesaan, selamat didiami, bersih, indah dan dapat memberi kenikmatan hidup dalam suasana riang gembira serta dalam pemeliharaan Allah S.W.T.Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, setiap pembangunan perbandaran perlu dilihat dan diberi penekanan ke arah mewujudkan persekitaran yang dapat merealisasikan komuniti dan kehidupan yang sejahtera.“Keseimbangan dalam setiap pembangunan, sama...

Panduan pimpinan menghadapi cabaran perjuangan Islam

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat    “Sempena Muktamar ke-57” Firman Allah yang bermaksud: “Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa (8); Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan) (9). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran...

Timbalan: Tuan Ibrahim tunggu surat pencalonan

KUALA LUMPUR, 19 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menunggu surat pencalonan daripada Jawatankuasa Pemilihan PAS sebelum memutuskan sama ada bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS atau sebaliknya pada muktamar kali ini.“Saya tunggu surat pencalonan daripada Pusat, entah ada pencalonan ke tidak,” ujarnya berseloroh ketika dihubungi sebentar tadi.Sehubungan itu, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang tidak menyatakan pendiriannya sama ada bertanding atau tidak untuk...

Salahudin bimbang penggabungan Bank Islam dan Bank Muamalat

KUALA LUMPUR, 19 Mei: Langkah untuk menggabungkan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan Bank Muamalat diyakini berpunca dari tangan-tangan ghaib yang mengarahkan tindakan itu dilakukan, kata Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub.  Naib Presiden PAS Pusat, Salahuddin Ayub berkata, tindakan penggabungan itu diyakini dilakukan bagi menyelamatkan Bank Muamalat yang sedang mengalami masalah, walaupun ia terpaksa mengorbankan BIMB sendiri.  Namun yang anehnya, kata beliau, sehingga kini tidak...

Ketua Pemuda: Keputusan malam ini?

KUALA LUMPUR, 19 Mei: Pucuk pimpinan Dewan Pemuda PAS akan mengadakan mesyuarat khas malam ini  antaranya untuk membincangkan pertandingan untuk jawatan utama dewan itu dalam muktamar akan datang. Sehingga ini, tidak ada calon ketua pemuda yang mengesahkan pertandingan untuk jawatan yang disandang oleh Nasrudin Hassan itu.  Pengarah Pilihan Raya Pemuda, Ustaz Mohd Firdaus Jaafar berkata, beliau menolak untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda PAS biarpun dicalonkan. Ketika dihubungi...

WikiLeaks dedah 19 ‘aktor berpengaruh’ dalam kitaran politik Najib

Kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS), yang terbocor dan disiarkan oleh Malaysia Today hari ini menyenaraikan 19 pemimpin bisnes utama sebagai “aktor-aktor berpengaruh” dalam kitar politik Datuk Seri Najib Razak — dua tahun selepas menjadi perdana menteri.Najib kini berada di AS sempena lawatan kerja.Maklumat kabel itu, yang ditulis oleh kaunselor politik Mark D. Clark untuk membantu Jabatan Negara AS meneliti pentadbiran dan keputusan-keputusan dasar Najib , adalah yang pertama diterbitkan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme